AMPANG: Polis telah merekod keterangan tujuh individu berkaitan kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Taman Melawati, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu itu terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi.
"Siasatan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan.
"Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan mangsa yang berusia 15 tahun dibelasah kerana perselisihan faham dengan pelajar Tingkatan Lima dalam kejadian pada Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar Tingkatan Lima.
Kemudian, kira-kira jam 3 petang, mangsa telah diajak oleh lima pelajar terbabit (suspek) ke Bukit Mar Mar Kemensah sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.
Mangsa telah mengalami kecederaan di dahi, luka di kening kiri, rahang selain bengkak di tengkuk. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar Tingkatan Lima. -Gambar fail/Sinar Harian
Jepun sedia bekerjasama dengan Malaysia hulur bantuan kemanusiaan ke Palestin
Jepun hari ini menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demi keluarga, buruh terpaksa 'panggang diri' di bawah terik mentari
Cuaca panas luar biasa melanda kebanyakan kawasan di utara India sejak beberapa bulan lepas.
#AWANI745
#AWANI745
Polis terima dua laporan pelajar dibelasah Geng 24 di Bandar Sungai Long
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung sekumpulan pelajar sekolah yang dibelasah Geng 24 selepas dipercayai dipaksa menyertai kumpulan haram itu di Bandar Sungai Long, Kajang.
Rangkuman hari kedua lawatan kerja PM di Jepun
Hubungan dua hala, kerjasama ASEAN, dan isu genosid di Gaza merupakan antara tumpuan untuk hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tokyo, Jepun.
#AWANI745
#AWANI745
Polis cari penyebar rakaman CCTV Faisal Halim disimbah asid
Polis mengesahkan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan.
AWANI Ringkas: Rasuah penguat kuasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis sahkan CCTV Faisal Halim disimbah asid bahan bukti USJT
Polis mengesahjan sebuah video tular di platform X yang didakwa memaparkan kejadian pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan USJT Bukit Aman.
#AWANI745
#AWANI745
Guna modus operansi 'forwarding agent' rasuah penguat kuasa
Sindiket juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', pengurup wang, kegiatan judi atas talian serta melalui syarikat pinjaman wang berlesen.
#AWANI745
#AWANI745
Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tuntutan palsu bernilai RM19,000. Kes disebut semula pada 28 Jun.
#AWANI745
#AWANI745
Ops Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh
SPRM memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Ops Samba 2.0.
Buli pelajar: Polis rekod keterangan tujuh individu
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu itu terdiri daripada tiga suspek dan empat saksi.
Buli: 9 pelajar mengaku tidak bersalah tumbuk, sepak rakan seasrama
Sembilan pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada Isnin atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga rakan mereka di asrama sekolah.
Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan
Video tular kes buli pelajar di Tanah Merah kejadian lama - Polis
Polis Kelantan mengesahkan video memaparkan seorang pelajar dibuli tiga rakannya yang tular melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini adalah kejadian tahun lepas.
Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan NUTP bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama.
Tindakan gantung sekolah serta-merta terhadap pembuli - Mahdzir
Mahdzir berkata pihaknya memandang serius dengan kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar dan tindakan lebih keras akan dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.